![]() |
Credit: journeymart.com |
Rasanya mesti ada yang pernah lalui situasi dimana kita berjumpa dengan kawan kita semasa kita sedang keluar dengan kawan kita yang lain. "Ni kawan sekerja aku." "Ni kawan sekolah aku." "Ni kawan tusyen aku." Kita akan perkenalkan kawan kita pada kawan yang lain dengan memperkenalkan 'kawan' dan diakhiri dengan tempat kita sering berjumpa dengan rakan tu. Kawan bola, kawan blogger, kawan Facebook, kawan clubbing, eh? Tak payah jadi kawan rasanya. Teehee.
Aku rasa, mesti ada yang dah lama tak jumpa kawan masing-masing. Aku? Huh, tak payah katalah. Kawan sekolah, memang jumpa. Dekat Facebook, dekat Whatsapp. Itupun seorang dua. Kawan di universiti dan kolej, mungkin kerap juga jumpa di alam sosial Whatsapp.
Buat masa ni, aku jumpa kawan hanya di pejabat. Ya, kawan pejabat. Meluangkan masa hampir sepuluh jam bersama. Makan pagi, makan tengah hari dan makan petang. But, totally only at the office. Habis waktu kerja, senyap, tak berhubung.
Tapi, kawan seharian aku adalah budak seorang ni. Kenal semasa di bangku sekolah. Dialah kawan baik, kawan rapat, sahabat dan kawan yang amat aku sayang. Dia tahu segalanya pasal aku. Segalanya. Mesti ada fikir, "Takkanlah segala-segalanyaaaa? Luar dan dalam? Zahir dan batin?" Frankly speaking, yes. Aku makan apa, dia tahu. Aku beli seluar dalam baru, dia tahu. Aku borak pasal apa dengan kawan kolej aku, dia tahu. Mana taknya, segala benda aku cerita dekat dia.
Tapi, beberapa hari lepas, dia buat aku rasa yang aku bukanlah kawan dia yang sejati. Nantilah cerita.
![]() |
Credit: okmovies.com |
Aku pernah terbaca dekat Twitter aku, seorang hamba Allah ni, berdoa semoga dia dijauhi oleh musuhnya. Dan katanya, kebelakangan ni, beberapa kawannya meninggalkan dia. Deep, isn't it?
Aku pernah lalui dimana aku hilang kawan yang berjaya buat aku rasa macam nak jaga dia, really care about her. Sampaikan dulu-dulu masa berangan 'Kalau aku dapat satu juta, apa aku nak buat?', selain bagi parents aku, nama dia juga tersenarai. Aku nak taja perubatan dia. Dia kata dia ada barah otak.
Tapi, hanya kerana lelaki, dia putuskan hubungan. Dia pulau aku. Dia ajak orang lain pulau aku. Aku? Masih bersabar dengan harapan dia maafkan aku (walhal aku tak bersalah). Kamu tahukan, doa orang teraniaya ni, dimakbulkan Tuhan? Selepas dia berpindah, aku dapat tahu, lelaki yang kami gaduhkan (kononnya) itu, sebenarnya pelakon dari luar negara. Aku juga dapat tahu, dia bohong mengenai penyakit barah dia tu. Aku dapat tahu dari abangnya.
Jujurnya, aku tak marah dia pasal tipu kami mengenai barah tu. Sebab aku tahu, dia kurang kasih sayang. Ibu bapanya sibuk. Abang dan kakak buat hal lain. Mungkinlah. Jadi, memang akan berlaku
kalau orang yang nak kan perhatian akan menipu demi mendapatkan perhatian dan kasih sayang.
Tapi, sejujurnya, aku masih tak puas hati dan tertanya-tanya sampai hari ini. Kenapa dia aniaya aku pasal lelaki yang kononnya bakal boyfriend dia, padahal pelakon luar negara? Katanya mereka berhubung melalui email, rupanya email yang aku hantar pada lelaki itu sebenarnya diri dia sendiri! Psiko?
Mungkin Allah nak tunjukan pada aku sesuatu mengenai peristiwa tu. Aku tak dapat nak senaraikan moral dan pengajaran sebab aku pun tak tahu nak tulis apa. Terlalu banyak. Atau mungkin aku ni hamba yang kurang pandai lagi kerdil, tak dapat nak singkap maksud tersirat dari peristiwa hitam tu.
Tapi, apa yang aku boleh katakan, mungkin ada kawan kamu yang mulut macam longkang, hakikatnya dia lah kawan yang jujur dan ambil kisah pasal kamu. Bukan nak kata, kawan yang baik, sopan itu tak bagus, cuma, tu lah. Kita tak tahu yang tersirat, apa yang kita boleh lakukan ialah teruskan berdoa supaya kita dijauhi dari musuh dan mengekalkan persahabatan yang baik.
A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow. - William Shakespear.
Your friends are reflection of yourself. Who your friends are is indicitive of who you are or who you'll become if you continue to be with them. - Abdulbary Yahya.
Kawanku Psiko
Perkenalan di usia mentah,
Di bawa hingga ke remaja,
Dan diakhiri di usia remaja.
Ku kira kau rakanku, temanku,
Kasih dan sayang ku beri,
Bagai tiada erti tidak.
Imaginasi dan khayalanmu,
Kisah dongeng kau karangi,
Tetap ku percaya sepenuh hati.
Pabila tiba waktunya,
Setelah kau hanyuti kami,
Bermulalah propagandamu.
Tikaman bertubi-tubi,
Kau hadiahi dengan tenang,
Di setiap penjuru.
Aku dicampak ke pulau,
Pulau sepi, ya sepi,
Walhal wajahmu ku tatap.
Hitamnya sejarah hidupku,
Itu tompokan gelap
yang kau simbahkan.
Allah Maha Adil,
Wahai sahabatku.
Dusta mu diketahui,
Aibmu dibuka sendiri,
Satu persatu.
Lantas aku bebas,
Bebas dari fitnahmu,
Yang membunuhmu.
Wahai insan yang dulunya teman,
Tiada apa yang aku pinta darimu,
Hanya sebuah jawapan,
Mengapa aku?
For my friends that truly love to be my buddies;...