Friday, 18 April 2014

Sedapkah Makan Daging Saudara Sendiri?

Salam.

sedapkah-makan-daging-saudara-sendiri

Takziah buat peguam Malaysia, Karpal Singh a/l Ram Singh.
Doaku buat Wardina Saffiyah dan Ustaz Don Daniyal, moga kamu berdua mendapat petunjuk terhadap kesulitan yang melanda.
Doaku buat Mawar dan Fizo, moga segalanya dapat dipulihkan semula.

" Jangan bersangka buruk dengan orang lain". Itu yang aku pelajari dari menonton Tanah Kubur petang tadi.
Sangat mudah. Sangat ringkas. Namun, sukar untuk dilakukan.
Kita manusia, sangat lemah.
Kerana itulah Allah turunkan Al-Quran Al-Karim supaya kita diberi petunjuk dan pengajaran untuk hidup ke arah kesempurnaan mendapat berkat dariNya.

Gambar diambil dari hasil carian di Google Image. Hakmilik blog English The 25.
Aku sendiri selalu bersangka buruk terhadap orang lain.
Aku fikir, asal ada perempuan yang mendekati lelaki ku, dia cuba menggoda dia. Walhal, mereka hanya kawan. Tapi, aku rasa, itu lebih kepada risau dan cemburu. Hehe..

Peguam Malaysia telah 'pergi' meninggalkan kita. Terrrrrlalu banyak spekulasi dan cerita yang keluar. Ya, laman sosial yang kadangkala sial adalah medannya. Kenapa ya?

Kalau dulu, mulut ke mulut, cerita asal ditokok tambah dengan pendirian sendiri lalu menjadi sebuah cerita menarik walhal ada mungkinnya fitnah.
Kini, cerita tokok menjadi berrrrrleluasa sekelip mata.
Bayangkan. Pagi itu, aku masih mamai terkebil-kebil mencari kewarasan dari bangun tidur. Aku buka akaun Facebook. Fulamak! Penuh dinding Facebook aku dengan berita mengenai kematian peguam negara. Jujurnya, aku jarang tengok berita di TV mahupun membaca suratkhabar gara-gara hadirnya pemberita freelance ini.
Masa tu, aku dah tahu. Pasti akan ada cerita panas, segala aib, cerita, kisah, gambar, video yang tak pernah tersiar, TUPP! Keluar berjela-jela. Ya, sangkaan ku betul.

Aku rasa fenomena membuka pekung orang, membuka aib orang semakin menjadi-jadi, semakin berleluasa bagaikan trend masa kini. Kita boleh lihat adanya trend 'troll'. Mengambil gambar entah sesiapa, digubahnya dialog, TARAA! Jadi bahan jenaka. Kadang terfikir, siapa neraka yang memulakannya?

Gambar diambil dari Google Image.
 Dulu aku ada menjadi pengikut satu akaun di Twitter, memfokuskan penceritaan tentang keburukan, kebodohan, kepoyoan remaja di Kuala Lumpur. Pada mula, ya, kelakar, seronok. Tapi, setelah aku berfikir waras, oh tidak, aku rasa sangat malu kerana menjadi sebahagian daripada mereka yang membuka aib orang.

Aku ada terbaca komen individu yang melakukan pekerjaan ini. Katanya,"Kalau dorang tak malu buka aib sendiri, so kiranya aku ni tak membuka aib dia lah." Katanya lagi,"Niat aku nak menegur supaya dia tak buat perkara memalukan ini."

Oh, begitu ke? Berikan dalil atau hadis yang mengatakan cara kau tu betul.
Aku petik dari artikel seorang penulis blog - Anida. (Terima kasih Anida dengan artikel yang sangat berguna)

Para ulama mengharamkan ghibah (mengungkapkan aib saudaranya sesama muslim pada saat orang itu tidak ada dihadapannya dan saudaranya itu tidak menyukainya jika berita tersebut sampai kepadanya tanpa adanya suatu keperluan.) ini jika dilakukan tanpa adanya suatu kepentingan bahkah termasuk kedalam kategori dosa besar, sebagaimana disebutkan didalam firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Artinya : “Dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Hujurat : 12)

Astaghfirullah al'azim. Astaghfirullah al'azim. Astaghfirullah al'azim. 

Gambar diambil dari Google Image.
 Aku tahu, kadang kala ada juga kelakarnya sesetengah cerita dari membuka aib orang tu seperti budak sekolah rendah bercinta bagai romeo dan juliet, yang pernah hangat di laman sosial. Tapi pada aku, mereka tak bodoh. Mereka hanya pantas mengikut apa yang mereka pelajari...dari kita yang dewasa. Hmmhh...

Kerana itu, jangan bersangka buruk dengan orang.

Ada caranya untuk menegur. Menegur si dia secara rahsia, itu tandanya kita ikhlas untuk melihat dia berubah dan tidak lagi melakukan kesilapan. Tapi, andainya kita menegur dengan kuat, terlalu terbuka, sehingga memalukan dia, itu tandanya kita bagai mahu menunjuk, tidak ikhlas melihat dia berubah. Tapi kalau kita sebarkan aib orang dan membiarkan orang lain menghentam dia dan memalukan dia, apakah tandanya itu? Astaghfirullah al'azim. Sungguh. Aku sangat sebak sekarang. Kerana yang melakukannya adalah saudara Islam ku sendiri. Ya Allah, aku tak mahu memakan daging saudara ku sendiri, dan aku tak mahu sebaliknya.

Mungkin kerana kita tak kenal dia, dan kita tak boleh nak berjumpa muka ke muka, tapi, hey, inikan zaman teknologi canggih. Pelbagai cara lain boleh menegur. 

Gambar diambil dari Google Image. Hakmilik seorang blogger.
 Aku suka tengok dinding Facebook kerana sekarang ni banyak rakan-rakan dan saudaraku berkongsi mengenai agama dan moral yang baik. Dan itu adalah antara cara aku untuk menerima teguran. Contoh, dulu aku bertudung tapi tak menutup dada. Tapi setelah membaca dan melihat gambar kartun atau gambar kata-kata hikmah mengenai wajibnya menutup aurat dengan sempurna, Alhamdulillah, perlahan-lahan, aku mulai berhijab menutupi dada, dan kurang bersolek. Alhamdulillah. Moga Allah membuka pintu hati saudaraku yang lain.

Jadi, apakah kita pernah terjebak dalam program kafir laknattullah, menyebarkan fitnah dan aib orang, ini?
Apakah dengan menyebarkan kisah dosa orang lain itu akan memberi pahala kepada kita?
Apakah masa yang diberikan kepada kita oleh Allah swt. ini perlu kita isi dengan perlakuan seperti itu?
Apakah cara kita ini betul?
Tepuk dada tanya iman. 

Wallahu alam.

Aku mungkin bukan seorang muslimah yang sempurna, tapi niatku hanya ingin menceritakan pandangan ku, dengan harapan, dapat membantu kita untuk berfikir ke jalan yang benar.

Sunday, 23 March 2014

Kawan: Kawanku Psiko.

Salam. Hi.

Credit: journeymart.com

Rasanya mesti ada yang pernah lalui situasi dimana kita berjumpa dengan kawan kita semasa kita sedang keluar dengan kawan kita yang lain. "Ni kawan sekerja aku." "Ni kawan sekolah aku." "Ni kawan tusyen aku." Kita akan perkenalkan kawan kita pada kawan yang lain dengan memperkenalkan 'kawan' dan diakhiri dengan tempat kita sering berjumpa dengan rakan tu. Kawan bola, kawan blogger, kawan Facebook, kawan clubbing, eh? Tak payah jadi kawan rasanya. Teehee.

Aku rasa, mesti ada yang dah lama tak jumpa kawan masing-masing. Aku? Huh, tak payah katalah. Kawan sekolah, memang jumpa. Dekat Facebook, dekat Whatsapp. Itupun seorang dua. Kawan di universiti dan kolej, mungkin kerap juga jumpa di alam sosial Whatsapp.

Buat masa ni, aku jumpa kawan hanya di pejabat. Ya, kawan pejabat. Meluangkan masa hampir sepuluh jam bersama. Makan pagi, makan tengah hari dan makan petang. But, totally only at the office. Habis waktu kerja, senyap, tak berhubung.

Tapi, kawan seharian aku adalah budak seorang ni. Kenal semasa di bangku sekolah. Dialah kawan baik, kawan rapat, sahabat dan kawan yang amat aku sayang. Dia tahu segalanya pasal aku. Segalanya. Mesti ada fikir, "Takkanlah segala-segalanyaaaa? Luar dan dalam? Zahir dan batin?" Frankly speaking, yes. Aku makan apa, dia tahu. Aku beli seluar dalam baru, dia tahu. Aku borak pasal apa dengan kawan kolej aku, dia tahu. Mana taknya, segala benda aku cerita dekat dia.

Tapi, beberapa hari lepas, dia buat aku rasa yang aku bukanlah kawan dia yang sejati. Nantilah cerita.


Credit: okmovies.com

Aku pernah terbaca dekat Twitter aku, seorang hamba Allah ni, berdoa semoga dia dijauhi oleh musuhnya. Dan katanya, kebelakangan ni, beberapa kawannya meninggalkan dia. Deep, isn't it?

Aku pernah lalui dimana aku hilang kawan yang berjaya buat aku rasa macam nak jaga dia, really care about her. Sampaikan dulu-dulu masa berangan 'Kalau aku dapat satu juta, apa aku nak buat?', selain bagi parents aku, nama dia juga tersenarai. Aku nak taja perubatan dia. Dia kata dia ada barah otak. 

Tapi, hanya kerana lelaki, dia putuskan hubungan. Dia pulau aku. Dia ajak orang lain pulau aku. Aku? Masih bersabar dengan harapan dia maafkan aku (walhal aku tak bersalah). Kamu tahukan, doa orang teraniaya ni, dimakbulkan Tuhan? Selepas dia berpindah, aku dapat tahu, lelaki yang kami gaduhkan (kononnya) itu, sebenarnya pelakon dari luar negara. Aku juga dapat tahu, dia bohong mengenai penyakit barah dia tu. Aku dapat tahu dari abangnya. 

Jujurnya, aku tak marah dia pasal tipu kami mengenai barah tu. Sebab aku tahu, dia kurang kasih sayang. Ibu bapanya sibuk. Abang dan kakak buat hal lain. Mungkinlah. Jadi, memang akan berlaku 
kalau orang yang nak kan perhatian akan menipu demi mendapatkan perhatian dan kasih sayang. 

Tapi, sejujurnya, aku masih tak puas hati dan tertanya-tanya sampai hari ini. Kenapa dia aniaya aku pasal lelaki yang kononnya bakal boyfriend dia, padahal pelakon luar negara? Katanya mereka berhubung melalui email, rupanya email yang aku hantar pada lelaki itu sebenarnya diri dia sendiri! Psiko?

Mungkin Allah nak tunjukan pada aku sesuatu mengenai peristiwa tu. Aku tak dapat nak senaraikan moral dan pengajaran sebab aku pun tak tahu nak tulis apa. Terlalu banyak. Atau mungkin aku ni hamba yang kurang pandai lagi kerdil, tak dapat nak singkap maksud tersirat dari peristiwa hitam tu.

Tapi, apa yang aku boleh katakan, mungkin ada kawan kamu yang mulut macam longkang, hakikatnya dia lah kawan yang jujur dan ambil kisah pasal kamu. Bukan nak kata, kawan yang baik, sopan itu tak bagus, cuma, tu lah. Kita tak tahu yang tersirat, apa yang kita boleh lakukan ialah teruskan berdoa supaya kita dijauhi dari musuh dan mengekalkan persahabatan yang baik.

A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow. - William Shakespear.
Your friends are reflection of yourself. Who your friends are is indicitive of who you are or who you'll become if you continue to be with them. - Abdulbary Yahya.

Kawanku Psiko

Perkenalan di usia mentah,
Di bawa hingga ke remaja,
Dan diakhiri di usia remaja.

Ku kira kau rakanku, temanku,
Kasih dan sayang ku beri,
Bagai tiada erti tidak.

Imaginasi dan khayalanmu,
Kisah dongeng kau karangi,
Tetap ku percaya sepenuh hati.

Pabila tiba waktunya,
Setelah kau hanyuti kami,
Bermulalah propagandamu.

Tikaman bertubi-tubi,
Kau hadiahi dengan tenang,
Di setiap penjuru.

Aku dicampak ke pulau,
Pulau sepi, ya sepi,
Walhal wajahmu ku tatap.

Hitamnya sejarah hidupku,
Itu tompokan gelap
yang kau simbahkan.

Allah Maha Adil,
Wahai sahabatku.

Dusta mu diketahui,
Aibmu dibuka sendiri,
Satu persatu.

Lantas aku bebas,
Bebas dari fitnahmu,
Yang membunuhmu.

Wahai insan yang dulunya teman,
Tiada apa yang aku pinta darimu,
Hanya sebuah jawapan,
Mengapa aku?


For my friends that truly love to be my buddies;...


Saturday, 22 March 2014

"Nice to meet you"

Hai. Salam.
Sihat? Buat apa sekarang? Kerja? Belajar? Tengok drama Korea? Main Dota?

Aku tak tahu nak mulakan salam perkenalan dengan cara macam mana. Cuma boleh katakan, ini karya pertama aku dalam blog ni. Harum Masyhur Mansion.

Bukan Harum Malam, bukan Harum Sundal Malam. Ada sebab aku pilih nama ni dan diakhiri dengan mansion. Ibarat seperti masuk ke dalam rumah aku lah. Jadi, selamat datang, jemput duduk.

Rasanya, ingat lagi tak macam mana kamu kenal setiap orang di sekeliling kamu? Ya lah, kan. Bayangkanlah dunia ni punyalah luas, kita hidup sebagai diri kita, dikelilingi orang yang ramai dan hampir semua kita tak kenal. Scary, isn't it?

Masa membeli-belah dekat sebuah pusat beli-belah di tengah bandaraya Kuala Lumpur, aku tengah makan dengan kawan sekerja aku. Makan Yee Mee Claypot. Panas lagi, jadi aku duduk menyandar, tengok orang sekeliling. Aku terfikir, macam mana kita boleh jadi sebegini berani, makan bersama-sama dengan orang yang tidak kita kenal. Aku tengok orang sebelah meja aku. Siapa dia? Tak kenal pun. Tapi macam mana aku boleh berani makan sebelah dia, di tmpat yang sama?

Masa mandi di dolam Sunway Lagoon, aku tefikir, macam mana aku boleh berani mandi bersama dengan orang yang tak aku kenali?

Masa masuk sekolah, kita tak kenal sesiapa. Hanya kerana kita tak bawa pemadam, terus jadi kawan. 

Masa masuk kolej, duduk asrama. Tak kenal sesiapa pun. Macam-macam loghat kita dengar. Tapi hanya kerana kita tak bawa baldi, kita jadi kawan. Kita tahu loghat.

Masa masuk tempat kerja, tak kenal sesiapa pun. Melainkan 'cable'. Hanya kerana kita tak tahu tandas dekat mana, pantry dekat mana, tak tahu guna photostate machine, kita jadi kawan. Mungkin.

Macam tak ada point je aku tulis ni. Tsk.

Tak. The point is, apa-apa pun, kita mesti dapat tahu sedkit sebanyak pasal orang tu kalau kita perhatikan dia. Oh, orang tu dah kahwin. Anak ada tiga orang. Semua kecil-kecil. Dahsyat. Oh, dia kerja dekat CIMB Bank. Sebab ada identiti card CIMB tergantung dekat tengkuk dia. Oh, dia minat Lee Min Ho. Sebab wallpaper handphone gambar mamat Korea tu.

Jadi, kamu rasa kamu dapat apa-apa info tak dari karya ni mengenai aku? Keke..

Kamu boleh dapat tahu pasal aku, jika sudi dan berminat nak tahu siapa aku. 

Aku tak pandai nak selfie. Aku buat juga kadang-kadang. Tapi aku akan padam lepas tu. Malu tengok muka sendiri.

Aku ni macam-macam bakat ada, tapi bakat tak 100% pun. Kebanyakannya macam nak cukup syarat.
Main instrumen muzik, gubah lagu, tulis lirik, penulis cerpen, puisi, menyanyi, berlakon, berlari, sukan lasak, fashionista. Tapi cukup syarat je semua.

Dalam belajar pun sama. Bukannya bangang pun, tapi pandainya ala kadar. 

Kehidupan aku? Pun sama. Cukup makan. Kerja aku? Cukup syarat impian orang yang nak kerja dekat pejabat.

Nampak tak betapa cukup syaratnya hidup aku?

So, nice to meet you. :)